PALAPES LAUT
SINOPSIS/ STRUKTUR KURSUS
Modul PALAPES adalah sama dengan modul latihan Maktab Tentera Diraja (MTD) Cawangan Pegawai Kadet ATM yang dibahagikan kepada tiga (3) peringkat latihan.
Tahun 1 (semester 1 dan 2) - peringkat junior
Tahun 2 (semester 3 dan 4) - peringkat intermediate
Tahun 3 (semester 5 dan 6) - peringkat senior
Tempoh latihan dan pemberian kredit adalah seperti berikut:-
i. Tahun 1 (2 kredit)
240 jam latihan tempatan + 15 hari
Latihan kemah tahunan dan 14 hari latihan lanjutan
ii. Tahun 2(2 kredit)
240 jam latihan tempatan + 15 hari
Latihan khemah dan 14 hari latihan lanjutan
iii. Tahun 3 (2 kredit)
240 jam latihan tempatan + 15 hari
Latihan khemah tahunan dan 14 hari latihan lanjutan
Latihan lanjutan + 21 hari latihan pertauliahan
SYARAT PERMOHONAN
i. Warganegara Malaysia.
ii. Umur: tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 40 tahun
iii. Syarat Fizikal:
a) Tinggi :
Tidak kurang 157cm (L)
Tidak kurang 147cm (P)
b) Berat:
Tidak kurang 47.5 kg (L)
Tidak kurang 40.5 kg (P)
c) Dada : (lelaki sahaja)
76 cm (biasa)
81 cm (tarik nafas)
d) Lain-lain :
Tidak rabun warna
Jika bercermin mata, bacaan sekurang-kurangnya 8/1